Wednesday, December 17, 2008

Bila

Bila aku dah fed up n give up~
Tolong ajar aku untuk berhenti berfikir,
dan ajar aku untuk berhenti berharap~

~MGA~

~MGA~
Malam Gemilang Aidiladha~
Malam penuh gemilang masing2 bergaya dengan baju
raya~
Malam Gemilang last utk kiteorg budak senior~
Sedih nanti dah tak bersama2 sambut raya bersama~




Gold Goast Australia

Gold Goast~
Holiday with my abang. kakak n 2 adik~ my mom n
dad n my sayang (adik kecil fatin) tak dapat ikut~
my abang jadi ketua~ serius best n MAK, ABAH,
thankz alot~ kiteorg sayang mak n abah sngt~
ps~ nak g tempat lain lak bole~ hahahahhahah


Day 1
Sampai agak lewat sebab airasia antar g brisbane
bukan nye gold goast, then naik bas g gold goast
airport, kat sana dah ada agent tnggu~
Smapai2 then check in hotel~ rest n kuar jalan2
pusing area surfers Paradise~ laki hot ramai di
sana~ hahahahha~




Day 2
Pagi2 siap2 then trus g Movie World. Rasa dalam
alam fantasi~ Best ada kdai Harry Potter, Superman
semua n bnyk karton~
Naik rolercostr diorng turun2 terus muntah~ pening
gila (dia pusing up side down 5X then dia hentak
kepala gila)~ first time rolercostr yg turun2
terus muntah~
Balik ptg then orang 2 bawak g kedai jual nuts n
ckolet from australia~ Borong~




Day 3
Seperti biasa pagi2 siap then g sea world~ Banyk
show kat sea world nie but best gak la~ cantik
tempat dia~ but g kejap ja coz my family rasa
bosan~ Naik bas( x tnggu orang dia), abang bwk g
Carrara Markets, banyk barang kat sana~ n kedai
dia over 500 kalu x silap~ Then naik bas n teksi
balik hotel



Day 4
Lats day, pagi siap2 beg then trus check out but
letak beg kat hotel dulu~ G Paradise Country, aaaaa my dream come true~ Jumpa kanggaro n koala bear~ serius best~ ambk pic bnyk2.
Makan lunch termasuk dalam trip n it's Halal~
Then balik hotel rest kat lobby tunggu nak g airport, flight malam. Kenangan paling indah~
Thankz Mak Abah~

Sunday, November 30, 2008

Bunga Mekar~

Hati berbunga bahagia~
Mekar segar dalam diri~
Bintang bersinar cerah~
Cahaya dalam hati~
Tak terkata rasa ini~
Rasa ingin berlari-lari sambil menari~
Mekar lagi jangan kuncup kembali~
Terus segar wahai bunga~

Tuesday, November 25, 2008

Sabarlah Wahai Saudari

Bila ku cerita tentang cinta,
Dia berbisik..
Sabarlah wahai saudari.
Cinta akan hadir suatu hari nanti.
Di bisikan lagi,
Cinta bak rama-rama,
Bila kau kejar larilah ia,
Tapi bila kau biarkan saja,
Terbang ia kepada mu.
Hingap di hati tanpa rasa takut.

Ku tanya sampai bila,
Mudah saja jawapnya.
Dia tak punya jawapan
Tapi yang pasti ada yang terbaik
di masa hadapan.
Tunggu sahaja.

Sunday, November 23, 2008

Cinta Dalam Hati~ Ungu

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Tuesday, November 18, 2008

~

Ya aku hanya kau cari bila kau susah.
Kau ada dia bila kau senang.
Kau tertawa dengan nya.
Gembira cerita bersama.
Kongsi antara dua.
Hadir aku hanya bila kau butuhkan pertolongan.
Cari ku jika kau perlu sesuatu yang kau hajatkan.
Aku hanya kau cari bila kau ketakutan.
Dia kau dakap bila kau keseronokan.


Cerita hanya kalian bersama.
Bila perlu ada nya aku di sana,
Di situ kau mula atur bicara.
Kenapa aku tak kau cari tika kau gembira.
Kenapa aku tak kau cari bila kau suka.


Akhir cerita adalah aku.
Awal nya adalah dia.
Kadang kala cerita sudah di hujung nya baru khabar ku terima.
Kadang kala cerita kuterima bukan dari yg asli nya.

Sudah la~ hentikan cerita ini.
Aku akan ada hanya bila aku ingin ada.
Jangan lagi bisikan cerita jika aku hanya akan jadi pendengar ketiga.

*Jangan terasa jika kau x cari aku hanya bila gembira, tapi jika di sebaliknya. Maaf aku sudah tiada masa~

Sunday, October 12, 2008

Petikan~

Alunan petikan begitu indah
Setiap jari bermain setiap cerita
Petikan yang kadang kala t'sasar tapi
rasa indah yang tak akan musnah.

Aluanan petikan dialun bersama nada.
Yang tenang dan penuh rahsia.
Lincah jari berlari di setiap inci tali halus itu.
Ukiran senyuman yang tak hilang.
tenang, indah mainan jiwa.

Wednesday, October 8, 2008

Persahabatan nie cam Tali

Persahabatan nie cam tali

Kalu kita biar cam biasa x buat apa2
then dia akan cam biasa n xkan jadi apa2
xkan berubah

Kalau kita gunting tali tu.
Dia akan putus.
Kalu nak smbung dia xkan jadi cam dulu.

Tali nie kalu kita ikat dia,
dia akan kuat.
Dia akan b'tambah indah.

Tapi kalau terlalu ketat,
dia akan putus terus.

Wednesday, September 17, 2008

Hak milik aku~

Itu hak aku.
Jangan halang.
Selagi aku x masuk dalam hidup kau.
Jangan persoalkan tentang aku.

Jangan pertikaikan hak aku.
Diri aku jangan kau tentukan.
Apa yg aku tak mahu lakukan,
yg aku tak ingin buatkan.

Aku ada alasan sendiri.
jangan kau soal~

Tuesday, September 16, 2008

Ayam campur Lembu~~

Terfikir bagus,,
fikir balik lagi skali
jangan ingat diri kite nie sempurna sngt sampai
xdak benda yg pernah kite buat bg org sakit ati..

cuma kadang2 2 kite beruntung coz org
x bising2 sngt.
Cukup baik la kalu org 2 duk diam ja dr dia buat benda bagi kite sakit ati..

Buat nye dia buat something yang bagi kite sakit ati...
Haaaa xker lagi sakit ati..
nie kalu dia duk diam pun kite dah sakit ati..
kire kite yg ada masalah..
dan dia b'jaya..

Wednesday, September 10, 2008

1 + 1 = 2 - 1 = 1...



1 + 1 = 2, 2 - 1 = 1
ok. orang ckp berat
(terlalu b’fikir, sensitif dan sewaktu dengannya)?

mari kite belajar
1 hati tambah 1 lagi hati cantum skali jadi 2 hati..
kire ada something la kalu 1 hati + 1 hati.
tapi kalu kite break dia kire,
2 hati - 1 hati, so jadi 1 hati balik..
dah xde 2 lagi.
kalu single lak
kire 1 ja hati dia tetap 1 hati xdak share dgn 1 lagi hati untuk
jadi 2.
melainkan ada 1 lagi hati nak campur skali jadi 2.

pening?
cam nie
hati jejaka + hati gadis = cinta..
tapi bila salah sorang ambk balik ( simbol tolak la kire nye) = break (single)

tapi...
kalu ikut maths,
1 + 1 = 2.. btul x?
2 - 1 = 1.. kan?
betul kan? xdak apa yang salah

so apa yang berat skrng?

Thursday, August 28, 2008

Permainan Minda~

Tiada yang berubah~
Semua nya masih sama~
Kenapa~
Pergi kau jauh dari sini~
Ahhhh~ Permainan minda~
Aku tak akan tertipu dan t’goda lagi dgn semua itu
Pergi jauh kau dari sini
Jangan kau rapat lagi kerna
Aku tak akan tertipu lagi dgn mu~

Tuesday, August 26, 2008

Jangan tny kenapa aku b'lari kerna aku bosan b'jalan

Jangan marah bila aku ketawa,
jangan tegur bila aku gembira,
jangan kau keliru bila aku kau kata gila.

Kerna

Itu cara ku,
itu cara aku karang hidup ku,
cara aku balut luka hati
dengan cerita hidup ku yg kau xtahu.

Jangan kau tegur bila
tiba2 kau lihat aku marah,
jangan kau renung bila
kau lihat aku menagis.

kerna aku ada cerita sendiri
yang kau xkan tahu
dan aku xkan beritahu.

Tapi tegur aku bila kata
aku sakiti kau.
Buat hati kau b'darah.

Friday, August 15, 2008

Tanya~

CINTA tanya HATI,
HATI sayang siapa?
HATI jawap JIWA.
JIWA tengok HATI,
JIWA ckp bukan dia,
Kerna JIWA bilang dia sayang NYAWA.
NYAWA tny kenapa dia.
JIWA cakap NYAWA punca dia tahu siapa RASA.

CINTA tny kenapa x pilih dia,
JIWA cakap cuba CINTA tny RASA.
RASA cakap dia bnyk pilihan.
CINTA tny lg kenapa HATI x pilih dia.
RASA cakap kerna CINTA selalu menipu HATI.

CINTA tanya, RASA mahu apa?
RASA cakap dia mahu SAYANG,
RASA ingin berikan pada HATI.
HATI bilang dia mahu kerna
dia mahu berikan pada NYAWA.
NYAWA tny kenapa rasa pilih SAYANG?
Kenapa tidak gembira, bahagia?

HATI cakap,
kerna SAYANG bole berikan gembira, bahagia.
Tapi CINTA cakap dia juga mampu..
HATI cakap jangan menipu lagi~

Thursday, August 14, 2008

Minda lari hati masih mencari~

Hentikan semua cerita.
stopkan masa
hentikan suara
xnak tahu apa2

Ingin b'sila di taman yg indah,
tenang melihat anak kecil b'main gembira,
burung melayang mencari makan,
ikan di kolam berlari riang,
itu pelangi.

X rasa apa2,
jiwa kosong hilang semua,
xnak tahu apa maknanya.
biar hati baca seorng diri minda xmahu mencari
jawapanya lagi,
biar hati b'main tanpa teman kerna
minda ada cara sendiri mencari kepuasan~

Monday, August 11, 2008

Bisikan~

Suara itu b'bisik lagi,
b'bisik penuh cerita
berbisik ingatkan lakonan yang lama,
kenapa perlu b'bisik hina?

Cerita d karang pada seseorng,
katanya...Kau lupa pada cerita yang lama?
cerita tentang dia?
kita semua sama,
cerita yg pernah d kata
berpulang pada kau semula,
lakonan yang hampir sama.
Cuma pihak dan watak yg b'beza,
sekarang baru kau tahu kenapa.

Pulang pada bisikan suara.
kenapa tidak d bisik lupa kan dia
cari yang lain nya.
kenapa perlu b'bisik penuh keji
tanpa rasa b'dosa.
ah semua itu hanya bisikan racun jiwa~

Friday, August 8, 2008

Kisah Semalam

The. Untitled. City
Installation art, Digital Media gamma 07/08
April 2008


Umpama mimpi dalam realiti.
Semua bagai berlaku semalam.
Ingin sekali semua nya berulang semula~

Digital Media installation art. gamma 07/08.
The Untitled City.

Pasal kami budak gamma yang buat installation art.
Ada 11 group dgn idea masing2 yg gempak.

Untitled City citizen memang best.

Gadis~

Group kiterog nama Gadis.
3 org gadis yg buat pasal kes bunuh diri.
Katil yang cerita semua kisah lisa sebelum dia bunuh diri atas katil tu.
Rasa bangga sangt coz 3 org gadis mampu buat semua tu.
Neway thankz alot untuk yg bantu~
Cam na nak play~
Bila sentuh katil tu, dia akan play kisah2 lisa n dia bunuh diri.


Wednesday, August 6, 2008

Lambang atau Bentuk Sahaja?

Ini lambang CINTA?
Tapi ini hanya Bentuk.
Rekaan Manusia..
Cinta x boleh tengok kan?
Hanya boleh rasa..
Jadi kenapa cakap ini lambang Cinta??
~~~~

Cinta dan Sayang Itu~~

Cinta ku pada mu tulus,
setulus cintaku padaNya,
Cinta ku pada mu suci,
sesuci cintaku padaNya,
Sayang ku pada mu bukan
cerita tapi kenyataan yang pastinya.

Ku cinta kamu,
ku sayang kamu,
hanya kau yang satu,
tiada siapa boleh katakan pada ku
dia mampu gantikan kamu,
kau terukir indah dalam hatiku.

Dirimu sentiasa bermain di doaku,
Ya Allah lindungilah dia,
jauhkan dirinya dari segala malapetakamu.

Sungguh tak mampu ku ucapkan,
tak mampu ku luahkan,
tak terdaya ku khabarkan,
andai diriku tanpa mu.

Kau berikan ku segalanya,
tak mampu ku balasnya.

Ku mahu kau tahu,
Bahawa,
tak bisa ku lihat kau menangis,
tak ingin ku lihat kau derita,
ku ingin kau gembira,
ku ingin kau bahagia.

Ku ingin kau tahu..
AKU SAYANG KAMU...





Ku Karang Khas untuk Ayah dan Bonda ku~~

Wednesday, July 30, 2008

....... Renungan

Tak perlu mencari teman
secantik BALQIS,
andai diri tak sehebat
SULAIMAN,
mengapa mengharap
teman setampan YUSOF,
jika kasih tak setulus
ZULAIKHA....

Monday, July 21, 2008

Mahkota Yang Satu

Seindahnya dunia ini..
Sesucinya sang mentari..
Terpesona oleh sang rembulan..
Sesetianya si bintang-bintang..
Tapi sayang hilang sudah serinya..
Kenapa ada insan-insan itu..
Lupakah mereka dari mana asal-usul mereka??
Kenapa diwarnai hidup dengan adat dan budaya di sana??
Di mana hilang tatasusila..
Mudah sungguh terlentok oleh sang nafsu..
Kata-kata manis lembut bicara..
Begitu mudah diri itu..
Menyerahkan mahkota yang satu..
Umpama ia tidak bernilai..
Bila di tanya kenapa??
Jawab nya mudah sahaja..
Ia tanda setia..
Ia tanda cinta..
Di alam realiti kah dia??
Begitu mudah ucapkan kata cinta..
Ungkapan setia..
Tahukah dia apa maknanya??
Hilanglah sudah sebuah mahkota..
Tiada guna setitis air mata..
Jangalah kau mudah terpedaya dengan kata manisnya..
Kata mulianya..
Janji dia..
Watak-watak yang bertopengkan dirinya..
Sedarlah..

Nada adalah cerita

Setiap nada dan butir bicara adalah cerita...
Cerita yang kita karang tanpa perlu sebuah pena...
Kadang2 cerita yang kita karang begitu teliti..
Tapi kadang kala terus hilang dari realiti..
Nada adalah identiti..
Ia d nilai dari setiap inci....

Saturday, July 12, 2008

Wahai~

Wahai kau yang bernama cinta..
apa hajat kau singgah d hati.
Tapi menyepi.
wahai kau yang bernama sepi.
pulanglah kau jangan kembali.
Kenapa kau tetap di sini.

Friday, July 11, 2008

We Just Friend~

Hey u..
We just friend rite?
X lebih dari itu.
Jangan simpan dalam hati.
Tak salah kita kawan kan?
Sebab antara aku dan kau..
Hanya Kawan.
X mesti nya aku rapat dengan kau..
Kita lebih dari apa yg kita fikir..
X semestinya aku ingin kenal kau,
kita harus pergi jauh dari landasan itu.
We just friend..
Aku nak kenal dengan kau bukan kerna
aku mahu lebih dari itu.
aku ingin kenal dgn kau kerna kau adalah kau..
Lupakan bisikan lain.
Ikut suara hati kau.

Lawan~

Putaran..
Pusingkan..
Ingin b'tukar dari sebaliknya.
B'tukar menjadi lawan nya..

Hidup b'akhir dengan Mati.
Lawan Wanita adalah Lelaki.
Sayang putarkan dari benci.
Kata di simpan lawan luahan kata hati.
Apa yang d ingini.
Sepi b'pasangan dengan diri
kerna ia d kawal oleh minda sendiri.
Tukarkan sepi menjadi hidup lebih b'erti.
Lawan cinta adalah pergi.....
Pergi biar membawa seribu erti.
Jangan pergi biar kosong dan terus mati..

Lawan itu ada makna sendiri..
Kadang kala b'doa bila ia b'putar
banyak yg dapat d cipta.
kerna.. kita tahu apa yg t'smbunyi.

Ilham dari 1 lagu da cerita~

Tuesday, July 8, 2008

Aku dan Kau

Jika kau fikir kau keseorangan..
Fikirlah semula..
Jika kau fikir jiwa mu hilang..
Carilah ia..
Hati mu tidak mampu lagi berkata kata..
Bisikan pada nya..
Jika kau kesepian..
Timbulkan lah rasa bahagia..

Wujudkan dunia mu sendiri..
Terbitkan semula senyuman mu..
Tunjukkan tawa mu..
Carilah bahagia..
Rekalah gembira..
Hanya kau saja mampu lakukan nya..
Hanya dirimu saja..
Semua nya ada dengan mu..
Ada bersama mu..

Jiwa itu milikmu..
Bahagia itu harta mu..
Gembira itu warisan mu..

Aku...
Usah kau fikirkan tentang diri ku..
Aku bahagia dengan diri ku..
Aku gembira dengan cara ku..
Aku tenang dengan jiwa ku..
Aku dengan dunia ku..
Kerna aku..
Aku adalah aku..
Diri ku..
Jiwa ku..
Hati ku..
Dan..

Engkau..
Adalah diri mu sendiri..
Tiada yang sama dengan mu..
Kerna engkau adalah engkau....

Monday, July 7, 2008

Pusingkan Masa

Jika mampu ku pusingkan masa..
Ingin aku cerita kan pada mu tentang cinta.
Ku khabarkan pada mu apa rahsia nya.
Ku hilangkan semua sepi di dada

Jika mampu ku pusingkan masa.
Ingin ku pulang ke dulu kala.
Kala hati ku xpnah ada rasa cinta.
Kala hati ku penuh rasa gembira dengan cerita

Jika mampu ku pusingkan masa..
Ingin ku pulang ke mimpi yang indah.
Hentikan masa. biar ia b'pusing semula.
Ku ulang berjuta kali nya tanpa rasa b'dosa

Jika mampu ku pusing masa..
Ingin ku lari dari bertemu dengan mu..
Agar x dapat ku tanam rasa cinta itu.
Ingin sekali ku pergi tanpa mengetahui siapa kamu.
Ingin ku elakan diri dari bermesra dengan mu.

Jika mampu ku pusingkan masa, ingin ku lari dari semua nya.
Ingin ku tebus dosa semalam yang masih berdarah..

Friday, May 2, 2008

Gembira

keunikan hidup~
hati aku gembira.
kenapa? entah mungkin..
entah aku sendiri x pasti~
gembira bila sesuatu t'jadi~
Harapan cuma satu~
Harap ia akan terjadi lagi~

Friday, April 11, 2008

Hormat~

Kadang kala aku t'lupa apa makna nya hormat.
kadang kala aku lalai dan leka utk menghormati seseorang
aku pentingkan diriku
ku fikirkan diri ku yang terbaik
tidak ku fikir kan apa rasa mereka
diriku hanya yang perlu dihormati
diri ku sahaja yang perlu di dengari
aku leka dengan dunia
ku lupa perasaan mereka
aku buang semua rasa sayang dan suka
kutanam rasa marah dan dendam buat diri mereka
jaga hati mereka?
itu bukan urusan ku.
aku ada hidup ku sendiri
aku ada jiwa ku sendiri
aku lupa mereka juga mampu membuat yang sama pada ku
jika itu yang berlaku
kenapa perlu ku marah
kenapa perlu ku bermasam muka.
berbagai alasan ku berikan jika ditanya kenapa perlu ku
hilang rasa hormat pada mereka.
berbagai macam alasan mampu ku cipta
entah la.. berfikir ku seketika..

Hormat
beri ruang untuk seseorng itu bersuara
beri ruang untuk dia berkarya
jangan fikirkan diri mu sahaja
Jika dia berduka, jangan kau bergembira di hadapan nya
jika kata2 yang bakal kau ucap akan memberi kesan pada diri nya
simpan dahulu kata2 itu..
Janganlah kau malukan dirinya dihadapan semua.
jangan lah kau begitu suka dengan benda yang akan memberi kesan pada
dirinya. memberi malu pada nya.
jika sekali kau membenci dirinya, hormati lah dia.
Hormati apa yang dia ucapkan. Apa yang dia lakukan
jangan kau persoal pendirian nya
jangan kau bantah pendapatnya dan hanya mahu idea mu sahaja diterima.
Hormati karya nya. Jangan kau ambil tanpa izinnya. Hormati setiap usahanya
Hormati ruang nya.
Kau bergaduh dengan insan lain, kenapa perlu kau bermasam muka dengan
nya?
dia sama sekali tidak terlibat dengan masalah mu itu. Hormati perasaannya
Kawal kelakuan mu, percakapan mu dengan nya
walau pun dia hanya insan biasa pada dirimu.

TAPI INGATLAH, SEMUA INSAN MAHU DIHORMATI.

Wednesday, April 9, 2008

Cinta vs ............

kadang2 cinta mampu menipu kita.
cinta~
kita kadang2 keliru,
inikah cinta?
atau rasa ingin memiliki atau rasa dimiliki..
cinta.
Kau tahu apa itu cinta?
bagaimana kau boleh kata kan itu cinta?
Kau ingin miliki dirinya?
kau sunyikah jika tidak bersama dengan nya?
itu cintakah?
bukan kah itu hanya rasa takut dan ingin seseorang sentiasa di sisi.
kau milik dia..
dan dia milik mu..
itu bukan cinta kan?
Itu rasa ingin memiliki dan dimiliki
Jadi..
Cinta itu apa?

Cinta...
Kau sayang dia tapi kau sayang tapi sayang hanya sekadar....
kau terima dia tapi dalam masa yang sama kau harapkan insan lain juga.
Kau bersama dia tapi mata mu melihat insan lain agar kau dapat

bandingkan antara dia dan mereka.
Kau ingin memeluk dirinya dan katakan kau sayang dia.
Kau cemburu melihat dia bersama teman2 lain.
kau ingin bersama dia setiap masa.
kau begitu marahkan diri nya tapi lidah mu kelu untuk bersuara.
itukah cinta??

Antara cinta, sayang dan rasa kasihan.
apa beza nya?
banyak bezanya.
kau bukan cinta tapi kau kasihan ingin lepaskan dia..
Kenapa?
Kau takut dirimu keseorangan? kau takut dia keseorangan?

Rupa dan budi bahasa.
kau miliki nya kerna paras rupa?
Dia terbaik dimata semua?
kau bangga miliki dirinya?
berdampingan dengan nya mampu membuat semua insan kelu berkata2.
Bagi mu, rupanya sampai bila?
Bukankah ia akan di telan usia walau bagaimana dia menjaganya?
dia akan begitu selamanya?
Kau lupa menilai budi bahasa nya.
nilai yang akan kekal selamanya jika sentiasa dipelihara.

Entah la cinta begitu sukar untuk di gambarkan.
Begitu sukar untuk di nilai.
Begitu sukar untuk di cari.
Kadang-kadang yang hanyalah cinta bukan nya sejati.
Kau akan betul rasakan dia dalah sejati bila dirimu tidak bersamanya

lagi.
Bila dia pergi dari sisi dan tak akan kembali.

Tapi hanya satu yang pasti..
Cintalah pada Pencipta mu.
Itulah yang kekal abadi.
sujud pada Nya.
Tanda syukur dengan apa yang kau miliki.
Agar dirimu sentiasa dilindungi..InsyaAllah...

Friday, April 4, 2008

Jiwa Kacau~

ah hati mula risau. jiwa mula kacau dengan dugaan ini~
nak cari jawapan tapi xtahu di mana~
nak cari pendengar, tak mahu ku luah pada sesiapa~
Ah kacau.. selagi keputusan itu x ku terima. hati akan sentiasa bertanya.. kacau, kacau~Risau risau~

Surat Untuk Bintang....

T'cipta sebuah kisah,
Tentang aku dan dia,
Walau hanya sebuah mimpi,
namun ku tetap d sini,

Pada helaian putih ku karangkan cerita,
Cerita cinta yang tiada pasti nya,
Yang tiada noktah nya,
Ku terbangkan kisah ku,
Kisah cinta ku pada mu,
Pada siapa harus ku layarkan puisi ini agar ia berlabuh d hati mu,
Dan pada bintang jua ku kirimkan,

B'juta bintang d langit,
Sampaikan lah cinta ku pada nya,
Agar 2 jiwa terbang keawan,
Mencari indah nya pelangi cinta,
Biarkan ku akhiri warkah cinta ini
dgn takdir ketentuan Nya
Walaupun hanya pada bintang.


Friday, March 28, 2008

Dia.. Bicara antara 2

~~Dia dalam mimpi
~Dia...Siapa??
~~Dia..
~Ya ku tahu Dia..Tapi siapa Dia?
~~Dia, insan itu..Insan yang berada didalam mimpi sahaja..
~Tiada di realiti?
~~Ya, hanya dalam mimpi..
~Tapi Dia siapa? Belum bertemu dengan nya?
~~Ya, masih mencari.
~Tapi cari di mana?
~~Di mana-mana sahaja
~Hingga kau temui?
~~Mungkin...Tapi..tapi tak pasti
~Rupanya umpama?
~~Sukar di tafsiri..
~Begitu indah?
~~Tidak..tapi sentiasa terlukis di dalam hati..
~Ah bagaimana?
~~Engkau tak akan pernah ketahui selagi kau belum alami..
~Baiklah aku akan cuba fahami.
~~Sudah..Jangan di tanya lagi selagi belum ku temui..
~Nanti!!
~~Kenapa??
~Jika kau temuinya??
~~Entah.. mungkin Dia akan lenyap dalam mimpi..tak akan muncul lagi.
~Tapi Dia di realiti!!
~~Ya... Tapi.. bukan realiti ini..
~Realiti ini??
~~Realiti ku.. mungkin yang lain tapi bukan bagi ku..
~Tapi jika muncul di realiti mu??
~~Entah..mungkin tidak, biar Dia dalam mimpi sahaja~~

Thursday, March 27, 2008

....

-Pasrah dan terima.... Runtuhkan dan korbankan keegoan, perasaan, dendam, kepentingan diri sendiri untuk kebahagian, ketenangan insan lain
terutama insan yg d sayangi dan juga untuk ketenangan diri sendiri....

-Sometimes we must get hurt in order to grow....

We must fail in order to know....
Sometimes our visions clear only after our eyes are washed away with tears....

-Jika doamu d makbulkan, tandanya Allah menyayangi mu,
Jika lambat d makbulkan, tandanya Allah ingin mengujimu,
Dan jika doamu x d makbulkan tandanya Allah merancang yg terbaik buat dirimu....

-Selalunya insan yg paling kita sayanglah paling susah untuk d sayangi....

-Sehari bersama org yag kita sayang walau ssh cam ner pun lebih baik daripada sepangjang
hidup dgn org yg kita x sayang....

-One day u will ask me what is more important to me,
you or my life?
i will say my life....
you walk away without knowing that u r my life....

-Jangan biarkan insan lain menangis kerana perbuatan kita kerna 1 hari kita sendiri akan
terluka dengan titisan air mata itu....

-Kadang2 orang yg kita sayanglah yang akan lukakan hati kita, hancurkan hati kita....

-There were fears and tears but we also had reasons for cheers....

-Sitting by a corner....Thinking what life has 2 offer....

-The last rose is always the hardest to hold....

-Sahabat yg baik bercakap benar bukan hanya membenarkan kata2....

-Dengan menitiskan setitik air mata mungkin mampu mengubati hati yang terluka,
x salah kita menangis....

-Biar terhiris nadi skali pun asalkan aku x kecewa lagi....

-Nilai dan maksud diri harus terus d cari hingga t'lerai roh dan jasad 1 hari nanti....

Bermula semula~

Ini kisah ku~ yang lama entah kenapa~~
bermula dari awal hingga akhir~
kisah yang lama akan tertulis juga~ diulang semula~
yang baru juga akan bermula~
old~ http://www.surayahanie.blogspot.com
new~http://www.akusuraya.blogspot.com