Friday, April 11, 2008

Hormat~

Kadang kala aku t'lupa apa makna nya hormat.
kadang kala aku lalai dan leka utk menghormati seseorang
aku pentingkan diriku
ku fikirkan diri ku yang terbaik
tidak ku fikir kan apa rasa mereka
diriku hanya yang perlu dihormati
diri ku sahaja yang perlu di dengari
aku leka dengan dunia
ku lupa perasaan mereka
aku buang semua rasa sayang dan suka
kutanam rasa marah dan dendam buat diri mereka
jaga hati mereka?
itu bukan urusan ku.
aku ada hidup ku sendiri
aku ada jiwa ku sendiri
aku lupa mereka juga mampu membuat yang sama pada ku
jika itu yang berlaku
kenapa perlu ku marah
kenapa perlu ku bermasam muka.
berbagai alasan ku berikan jika ditanya kenapa perlu ku
hilang rasa hormat pada mereka.
berbagai macam alasan mampu ku cipta
entah la.. berfikir ku seketika..

Hormat
beri ruang untuk seseorng itu bersuara
beri ruang untuk dia berkarya
jangan fikirkan diri mu sahaja
Jika dia berduka, jangan kau bergembira di hadapan nya
jika kata2 yang bakal kau ucap akan memberi kesan pada diri nya
simpan dahulu kata2 itu..
Janganlah kau malukan dirinya dihadapan semua.
jangan lah kau begitu suka dengan benda yang akan memberi kesan pada
dirinya. memberi malu pada nya.
jika sekali kau membenci dirinya, hormati lah dia.
Hormati apa yang dia ucapkan. Apa yang dia lakukan
jangan kau persoal pendirian nya
jangan kau bantah pendapatnya dan hanya mahu idea mu sahaja diterima.
Hormati karya nya. Jangan kau ambil tanpa izinnya. Hormati setiap usahanya
Hormati ruang nya.
Kau bergaduh dengan insan lain, kenapa perlu kau bermasam muka dengan
nya?
dia sama sekali tidak terlibat dengan masalah mu itu. Hormati perasaannya
Kawal kelakuan mu, percakapan mu dengan nya
walau pun dia hanya insan biasa pada dirimu.

TAPI INGATLAH, SEMUA INSAN MAHU DIHORMATI.

Wednesday, April 9, 2008

Cinta vs ............

kadang2 cinta mampu menipu kita.
cinta~
kita kadang2 keliru,
inikah cinta?
atau rasa ingin memiliki atau rasa dimiliki..
cinta.
Kau tahu apa itu cinta?
bagaimana kau boleh kata kan itu cinta?
Kau ingin miliki dirinya?
kau sunyikah jika tidak bersama dengan nya?
itu cintakah?
bukan kah itu hanya rasa takut dan ingin seseorang sentiasa di sisi.
kau milik dia..
dan dia milik mu..
itu bukan cinta kan?
Itu rasa ingin memiliki dan dimiliki
Jadi..
Cinta itu apa?

Cinta...
Kau sayang dia tapi kau sayang tapi sayang hanya sekadar....
kau terima dia tapi dalam masa yang sama kau harapkan insan lain juga.
Kau bersama dia tapi mata mu melihat insan lain agar kau dapat

bandingkan antara dia dan mereka.
Kau ingin memeluk dirinya dan katakan kau sayang dia.
Kau cemburu melihat dia bersama teman2 lain.
kau ingin bersama dia setiap masa.
kau begitu marahkan diri nya tapi lidah mu kelu untuk bersuara.
itukah cinta??

Antara cinta, sayang dan rasa kasihan.
apa beza nya?
banyak bezanya.
kau bukan cinta tapi kau kasihan ingin lepaskan dia..
Kenapa?
Kau takut dirimu keseorangan? kau takut dia keseorangan?

Rupa dan budi bahasa.
kau miliki nya kerna paras rupa?
Dia terbaik dimata semua?
kau bangga miliki dirinya?
berdampingan dengan nya mampu membuat semua insan kelu berkata2.
Bagi mu, rupanya sampai bila?
Bukankah ia akan di telan usia walau bagaimana dia menjaganya?
dia akan begitu selamanya?
Kau lupa menilai budi bahasa nya.
nilai yang akan kekal selamanya jika sentiasa dipelihara.

Entah la cinta begitu sukar untuk di gambarkan.
Begitu sukar untuk di nilai.
Begitu sukar untuk di cari.
Kadang-kadang yang hanyalah cinta bukan nya sejati.
Kau akan betul rasakan dia dalah sejati bila dirimu tidak bersamanya

lagi.
Bila dia pergi dari sisi dan tak akan kembali.

Tapi hanya satu yang pasti..
Cintalah pada Pencipta mu.
Itulah yang kekal abadi.
sujud pada Nya.
Tanda syukur dengan apa yang kau miliki.
Agar dirimu sentiasa dilindungi..InsyaAllah...

Friday, April 4, 2008

Jiwa Kacau~

ah hati mula risau. jiwa mula kacau dengan dugaan ini~
nak cari jawapan tapi xtahu di mana~
nak cari pendengar, tak mahu ku luah pada sesiapa~
Ah kacau.. selagi keputusan itu x ku terima. hati akan sentiasa bertanya.. kacau, kacau~Risau risau~

Surat Untuk Bintang....

T'cipta sebuah kisah,
Tentang aku dan dia,
Walau hanya sebuah mimpi,
namun ku tetap d sini,

Pada helaian putih ku karangkan cerita,
Cerita cinta yang tiada pasti nya,
Yang tiada noktah nya,
Ku terbangkan kisah ku,
Kisah cinta ku pada mu,
Pada siapa harus ku layarkan puisi ini agar ia berlabuh d hati mu,
Dan pada bintang jua ku kirimkan,

B'juta bintang d langit,
Sampaikan lah cinta ku pada nya,
Agar 2 jiwa terbang keawan,
Mencari indah nya pelangi cinta,
Biarkan ku akhiri warkah cinta ini
dgn takdir ketentuan Nya
Walaupun hanya pada bintang.