Friday, April 11, 2008

Hormat~

Kadang kala aku t'lupa apa makna nya hormat.
kadang kala aku lalai dan leka utk menghormati seseorang
aku pentingkan diriku
ku fikirkan diri ku yang terbaik
tidak ku fikir kan apa rasa mereka
diriku hanya yang perlu dihormati
diri ku sahaja yang perlu di dengari
aku leka dengan dunia
ku lupa perasaan mereka
aku buang semua rasa sayang dan suka
kutanam rasa marah dan dendam buat diri mereka
jaga hati mereka?
itu bukan urusan ku.
aku ada hidup ku sendiri
aku ada jiwa ku sendiri
aku lupa mereka juga mampu membuat yang sama pada ku
jika itu yang berlaku
kenapa perlu ku marah
kenapa perlu ku bermasam muka.
berbagai alasan ku berikan jika ditanya kenapa perlu ku
hilang rasa hormat pada mereka.
berbagai macam alasan mampu ku cipta
entah la.. berfikir ku seketika..

Hormat
beri ruang untuk seseorng itu bersuara
beri ruang untuk dia berkarya
jangan fikirkan diri mu sahaja
Jika dia berduka, jangan kau bergembira di hadapan nya
jika kata2 yang bakal kau ucap akan memberi kesan pada diri nya
simpan dahulu kata2 itu..
Janganlah kau malukan dirinya dihadapan semua.
jangan lah kau begitu suka dengan benda yang akan memberi kesan pada
dirinya. memberi malu pada nya.
jika sekali kau membenci dirinya, hormati lah dia.
Hormati apa yang dia ucapkan. Apa yang dia lakukan
jangan kau persoal pendirian nya
jangan kau bantah pendapatnya dan hanya mahu idea mu sahaja diterima.
Hormati karya nya. Jangan kau ambil tanpa izinnya. Hormati setiap usahanya
Hormati ruang nya.
Kau bergaduh dengan insan lain, kenapa perlu kau bermasam muka dengan
nya?
dia sama sekali tidak terlibat dengan masalah mu itu. Hormati perasaannya
Kawal kelakuan mu, percakapan mu dengan nya
walau pun dia hanya insan biasa pada dirimu.

TAPI INGATLAH, SEMUA INSAN MAHU DIHORMATI.

No comments: